
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bakal menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) di Madrid, Sepanyol, Selasa ini.
Anwar berkata, beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid, yang diserahkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sebelum mereka berlepas semalam.
“Saya turut difahamkan mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
“Saya mendoakan mereka berjaya mengharumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu pautan yang dimuat naik dalam laman media sosial rasmi Facebook, hari ini.