MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lima Kawasan Di Sabah

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lima Kawasan Di Sabah

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk kepada lima kawasan di Sabah berkuat kuasa esok.

Memetik sumber Harian Metro, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, luruan monsun yang sedang berlaku sehingga 27 Disember ini (Selasa) berpotensi membawa angin kencang dan ombak besar di Laut China Selatan, perairan pantai timur Semenanjung Sabah dan Sarawak.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem cuaca bertekanan rendah terbentuk dI Laut Sulu pada 24 Disember (semalam) dan seterusnya dijangka bergerak merentasi Sabah…

“Keadaan ini boleh meningkatkan kelajuan angin dan intensiti hujan di kawasan berkenaan.

“Justeru, amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan di kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat, Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, beliau turut berkata amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan sesetengah kawasan pedalaman Sabah, berkuat kuasa esok.

“Kawasan terbabit ialah Labuan; Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Pantai Barat, Sabah…

“Di Sarawak, kawasan terbabit ialah Subis, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang,” katanya.

Menurutnya, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu dijangka berlaku sehingga Selasa ini.