Wanita Nekad Bercerai Kerana Suami Ketagih Aktiviti Memancing

Wanita Nekad Bercerai Kerana Suami Ketagih Aktiviti Memancing

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SHANDONG, CHINASeorang wanita nekad untuk menamatkan perkahwinannya yang sudah berusia 10 tahun disebabkan tidak tahan dengan dengan sikap suaminya yang begitu taasub dan ketagih dengan aktiviti memancing, demikian dipetik South China Morning Post.

Ketagihan suaminya memancing bukan sahaja menyebabkan dia mengabaikan keluarga, malah terlepas perbicaraan perceraian.

Sepanjang perkahwinan mereka sedekad, suami wanita bernama Zhang itu menghabiskan masanya memancing.

Sebaliknya, isterinya menjaga rumah dan anak-anak mereka. Perkara ini dinyatakan dalam kes perceraian.

Pada awal minggu lalu, Zhang memutuskan memfailkan cerai di wilayah Shandong, tetapi suaminya yang bernama Sun, terlepas prosiding undang-undang kerana cintanya dengan hobi memancingnya terlalu tinggi, lapor South China Morning Post.

Sun begitu sibuk memancing sehingga dia terlupa masa perbicaraan dan hanya muncul apabila hakim mengingatkannya.

“Saya bangun sebelum 6 pagi setiap pagi untuk menyediakan sarapan, menghantar anak-anak ke sekolah sebelum bekerja dan melakukan semua kerja rumah,” kata Zhang.

“Saya sudah letih,” tambahnya.

Sun pula bangun selepas sarapan disediakan dan hanya baring di sofa bermain telefon bimbitnya.

Pada sebelah malamnya, Sun menghabiskan masannya memancing sehingga pagi.

Dalam pada itu, Sun dilaporkan bersetuju bercerai kerana bosan mendengar leteran Zhang.

Selepas percubaan rujuk semula gagal, hakim membenarkan permohonan itu.