Dakwaan ADUN Lompat Parti Tidak Benar, WARISAN Kekal Utuh

Dakwaan ADUN Lompat Parti Tidak Benar, WARISAN Kekal Utuh

0
SHARE
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas sesi mesyuarat bersama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan wakil rakyat di Kota Kinabalu...(Sumber Foto: Ihsan WARISAN)

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Warisan Sabah (WARISAN), menafikan dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak keluar lompat dari parti tersebut.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apd dalam satu kenyataan berkata WARISAN kekal utuh dan dakwaan adanya ADUN yang melompat dari parti adalah tidak benar.

“Khabar angin dan cakap-cakap mengenai kononnya ada ADUN Warisan yang mahu keluar parti ditimbulkan semula sebagai percubaan berniat jahat pihak tertentu untuk melemahkan dan menjatuhkan WARISAN…

“Semua ADUN WARISAN juga telah mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada parti.

“Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta wakil rakyat WARISAN juga telah sebulat suara menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya.