PBS Jalankan Gerakan ‘Jalinan Bersatu’ Sebagai Langkah Persediaan Hadapi PRU15

PBS Jalankan Gerakan ‘Jalinan Bersatu’ Sebagai Langkah Persediaan Hadapi PRU15

0
SHARE

TAMPARULI, SABAH – Parti Bersatu Sabah (PBS) N.14 Tamparuli kini giat menjalankan gerakan ‘Jalinan Bersatu’ sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Terbaharu, gerak kerja yang dimulakan sejak beberapa minggu lalu itu diteruskan lagi, kali ini memfokuskan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, PDM Tamparuli dan PDM Telibong.

Antara lain program ini bertujuan untuk mengenal pasti keberadaan dan status sokongan pengundi dalam sesebuah lokaliti, dan seterusnya di dalam setiap PDM sebagai persediaan bagi menghadapi PRU15.

Untuk rekod, program tersebut telah dimulakan di PDM Tenghilan (Cawangan Kampung Bunga dan Suang Bangau), diketuai Ketua Pergerakan Wanita PBS N.14 Tamparuli, Datin Malianah Ugau.

Bersama Malianah ialah para penggerak dalam kalangan pemimpin PBS di peringkat Bahagian dan Cawangan, terdiri daripada Ketua-ketua Cawangan, Ketua Pemuda dan Wanita.

Selain mengumpul segala informasi dan maklumat terkini mengenai jumlah pengundi terkini di seluruh saluran undi yang ada, mereka kini aktif mengadakan pelbagai program…

Manakala, bagi sayap kepimpinan Pemuda dan Wanita pula, Gerakan Belia Beliawanis Bersatu (GBBB) terus diperkuatkan dengan menjadikan golongan pengundi muda sebagai fokus utama untuk dijangkau.

Langkah tersebut jelas menunjukkan kesiapsiagaan mereka bagi menghadapi PRU15 yang bakal tiba tidak lama lagi.