KOTA KINABALU, SABAH – Semua ahli PAS Sabah dinasihati agar terus bersabar dan bertenang dalam menghadapi senario politik semasa.
Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan mengingatkan ahli untum mengelak dari sebarang provokasi atau kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian agama atau kaum khususnya di negeri Sabah.
“Situasi politik seumpama ini sangat menuntut kesabaran semua…
“Bagi pihak PAS Sabah kita menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan kepimpinan utama untuk menentukan sebarang keputusan demi kesejahteraan negara dan rakyat.
“Saya juga menyarankan agar rakyat teruskan berdoa supaya kerajaan Malaysia akan dapat dibentuk secepat mungkin dalam keadaan tenang dan aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.