ISKANDAR PUTERI – Kelantan FC membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan suku akhir selepas dibelasah 10-0 pada pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Juara bertahan itu sekali gus mencatat rekod jaringan gol terbesar dalam perlawanan musim ini dengan agregat 15-1.
Esteban Solari membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Bergson yang bijak melepasi kawalan pertahanan The Red Warriors.
Empat minit kemudian, pemain import Jepun baharu JDT, Takahiro Kunimoto menjaringkan gol pertamanya.
Takahiro seolah bersahaja kemudiannya menjaringkan gol kedua dan ketiganya.
Bergson sempat menambah jaringan dengan gol keempat JDT melalui tandukan sebelum tamat babak pertama pada minit ke-43.

Tidak menunggu lama, Harimau Selatan terus menerkam dalam babak kedua.
Juan Muniz menjaringkan gol kelima menerusi penalti dengan menggunakan Arif Aiman sebagai umpan pada minit ke-53.
Daryl Sham dibawa masuk dan terus menghukum kesilapan pihak lawan pada minit ke-59 juga di dalam kotak penalti.
Hanya lima minit kemudian, Heberty Fernandes dan Arif Aiman masing-masing menjaring pada minit ke-61 dan ke-63.
Tidak cukup lagi, Pada minit ke-72, Bergson melengkapkan hatrik perlawanan dengan gol kesembilan.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, tanpa belas kasihan, pemain gantian, Ahmad Aysar Hadi Mohd melengkapkan gol ke-10.






