Penagih Tapuk Syabu Dalam Badan Ditahan Polis

Penagih Tapuk Syabu Dalam Badan Ditahan Polis

0
SHARE
Foto Ihsan: PDRM Tawau

TAWAU: Polis berjaya menahan dua penagih dalam operasi rondaan jenayah di Jalan Merotai – Tawau, semalam.

Menerusi kenyataan media Polis Daerah Tawau, semasa penugasan rondaan cegah jenayah oleh anggota polis daripada Balai Polis Bombalai dilaksanakan, polis telah terserempak dengan seorang dalam keadaan mencurigakan.

“Polis kemudian bertindak membuat pemeriksaan ke atas lelaki tersebut dan menjumpai dua paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu pada badan suspek.

“Semasa penugasan rondaan juga polis berjaya menahan seorang lagi suspek disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan,” jelas kenyataan itu di sini, semalam.

Katanya lagi, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan berumur antara 36 hingga 49 tahun itu bersama-sama bahan rampasan dua paket mengandungi bahan disyaki syabu seberat 0.65gram di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 12(2) akta yang sama.