PBRS Akur Keputusan Kepimpinan BN, Rayu Solidariti Dalam Parti Diperkukuhkan

PBRS Akur Keputusan Kepimpinan BN, Rayu Solidariti Dalam Parti Diperkukuhkan

0
SHARE
Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup...

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan baharu demi kestabilan negara.

Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata PBRS dan BN tidak boleh membiarkan kemelut politik berterusan sehingga memperlihatkan tindakan tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Maka BN terpaksa membuat keputusan untuk bekerjasama dengan satu pihak supaya kerajaan baru dapat diwujudkan dan kerajaan dapat terus berfungsi…

“Sebagai parti yang sentiasa mengutamakan rakyat, PBRS akan akur dengan keputusan yang akan dibuat bersama oleh kepemimpinan BN untuk mewujudkan kerajaan baru demi kestabilan dan kebaikan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Arthur turut berkata sebagai ahli BN, beliau merayu supaya solidariti dalam parti diperkukuhkan

Beliau menyifatkan ketika ini masanya tidak sesuai untuk mewujudkan konflik di antara rakan komponen dan kepimpinan.

“Kita boleh bincang kita boleh bagi pendapat tapi akhirnya kita mesti bersatu kembali. Rakyat mengharapkan kita sekali lagi menyelamatkan negara daripada kemelut politik ini.

“Secara tidak sengaja, sekali lagi dacing dipanggil untuk mengimbangi keadaan politik negara,” katanya.