Arab Saudi Mewajibkan Dos Penggalak Kepada Individu Ke Luar Negara

Arab Saudi Mewajibkan Dos Penggalak Kepada Individu Ke Luar Negara

0
SHARE
Arab Saudi wajibkan dos penggalak untuk rakyat ke luar negara...

RIYADH, ARAB SAUDI – Penduduk Arab Saudi kini diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 khusus untuk penumpang yang ingin masuk dan keluar dari negara itu.

Menurut laporan akhbar Saudi Gazette, peraturan itu juga termasuk mereka yang berada di Arab Saudi selama tiga bulan selepas tarikh menerima dos kedua.

Pekeliling tersebut diumumkan oleh Pihak Berkuasa Umum Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) di mana semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang-lapangan terbang Arab Saudi termasuk penerbangan peribadi perlu mematuhi peraturan tersebut.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada individu berusia bawah umur 16 tahun, atau daripada kategori-kategori yang dikecualikan, seperti yang tertakluk dalam aplikasi Tawakkalna.

Sementara itu, bagi kemasukan ke dalam negara, penumpang luar termasuk warganegara Arab Saudi tanpa mengira status imunisasi perlu mempunyai sijil ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) yang disahkan negatif atau ujian antigen pantas (RTK) yang diluluskan.

Kedua-dua ujian saringan itu perlu dilakukan dalam masa 48 jam dari waktu berlepas ke negara itu, dengan pengecualian diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur lapan tahun.

Kesemua peraturan tersebut akan mula berkuat kuasa esok, pada pukul 1 pagi.