GRS, GPS AKUR DENGAN KEPUTUSAN YDP AGONG DEMI KESTABILAN NEGARA 

GRS, GPS AKUR DENGAN KEPUTUSAN YDP AGONG DEMI KESTABILAN NEGARA 

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Rakan dalam Borneo Bloc, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) senada akur dengan apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong yang bakal diumumkan hari ini.

Pengerusi GRS dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dalam sebuah kenyataan berkata pembentukan kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera.

Beliau berkata kerajaan perpaduan wajar diwujudkan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat…

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat. 

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.