Hishammuddin Nafi Ditawarkan Jawatan PM, Bentuk Kerajaan Perpaduan

Hishammuddin Nafi Ditawarkan Jawatan PM, Bentuk Kerajaan Perpaduan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun rasmi laman media sosial Facebook beliau menyatakan berhubung perkara terbabit.

Ini berikutan dilaporkan terdapat satu laporan berita dari media tempatan yang mendakwa PN menawarkan jawatan PM kepada Ahli Parlimen Sembrong itu.

“Ramai menyebarkan artikel ini. saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali…

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan.

“Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan,” katanya menerusi pautan terbabit.