Pedalaman Sabah Kekal Peneraju Koko Negara

Pedalaman Sabah Kekal Peneraju Koko Negara

0
SHARE

TENOM: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, merasmikan Kursus Pasca Tuai dan Penggredan Biji Koko Kering anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Kemabong, yang disertai 70 petani serta disertakan pemberian insentif input pertanian dan anak pokok koko pada Selasa.

Program itu sebahagian daripada Pemulihan Kebun Koko (2024–2026) melibatkan 2,084 petani di Sabah dengan keluasan 1,344 hektar dan peruntukan RM5 juta.

Di Tenom sahaja, 118 petani dengan 103 hektar tanaman menerima manfaat.

Dari Januari hingga Ogos 2025, Tenom menyumbang 47 peratus pengeluaran koko Sabah.

Sabah secara keseluruhan menghasilkan 73 peraetus koko negara, jauh mengatasi Sarawak (17 peratus) dan Semenanjung (10 peratus).

LKM turut melaksanakan Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan yang menyasarkan tambahan 2,750 hektar dalam tempoh lima tahun.

Ia bagi memastikan koko kekal sebagai komoditi berpotensi tinggi dan meningkatkan pendapatan petani.