Shahelmey Dijangka Tanding Bawah GRS Selepas Pintu BN Tertutup

Shahelmey Dijangka Tanding Bawah GRS Selepas Pintu BN Tertutup

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Sabah Ir. Datuk Shahelmey Yahya berkata beliau sedang menimbang untuk mempertahankan kerusi Tanjung Keramat pada PRN dengan tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya ia selepas peluangnya bersama Barisan Nasional (BN) seakan tertutup.

“Saya perlu dengar suara rakyat dan jentera tempatan. Jika meyakinkan, barulah kita buat keputusan,” katanya memetik laporan FMT.

Shahelmey digantung enam tahun oleh Umno pada 2023 kerana enggan menyokong cubaan menyingkir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Tahun lalu, BN menamakan Jeffrey Noh sebagai calon Tanjung Keramat, sekali gus menyingkirkan Shahelmey.

“Seolah-olah pintu sudah tertutup,” ujarnya mengenai prospek kekal bersama BN.

Beliau menambah, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putatan masih menjadi pertimbangan kerana undang-undang anti-lompat parti boleh menjejaskan kerusinya jika bertanding atas tiket lain.