Peter Anthony Kekal Penjara, Semakan Ditolak Mahkamah Rayuan

Peter Anthony Kekal Penjara, Semakan Ditolak Mahkamah Rayuan

0
SHARE

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan semakan sabitan terhadapnya.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mendapati Peter bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bernilai RM1.5 juta pada 2014.

Peter, yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan bekas Naib Presiden Warisan, mula menjalani hukuman sejak 4 Mac lalu selepas rayuan akhirnya ditolak.

Keputusan ini juga menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, sekali gus menamatkan karier politiknya buat masa ini.

Tugasnya di dalam parti kini digalas oleh anaknya yang juga Timbalan Presiden KDM, Priscella Peter.