Polis Tahan 7 Pemandu Mabuk Di Penampang

Polis Tahan 7 Pemandu Mabuk Di Penampang

0
SHARE
Sumber Foto; IPD Penampang...

PENAMPANG, SABAH – Polis sini menahan TUJUH (7) pemandu mabuk di Jalan Kota Kinabalu- Penampang berhadapan SMK Bahang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim berkata, Sebanyak 75 kenderaan telah diperiksa dalam operasi bersepadu Op Mabuk.

“Tujuh individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melibihi had yang telah ditetapkan…

“Sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000,” katanya.

Sumber Foto; IPD Penampang…

Haris menyatakan pihak polis turut mengeluarkan 22 saman di atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, mengubahsuai kenderaan dan lesen memandu tamat tempoh.

Operasi kali ini melibatkan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Kekuatan seramai dua pegawai kanan polis yang diketuai oleh Pegawai Turus Penguatkuasa JSPT Sabah, ASP Andi Mappangerang dan Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan dibantu oleh 17 anggota polis berjalan dengan lancar dan berakhir jam 2 pagi tadi,” tambah beliau.

Seramai 80 individu telah diperiksa bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya terutamanya di musim perayaan Pesta Kaamatan.