KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah diseru untuk sentiasa bersama-sama dengan Kerajaan demi kesejahteraan dan kemajuan di negeri ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Noor berkata sokongan padu kepada Kerajaan dapat melaksanakan usaha membangun dan memajukan negara dan negeri dengan jayanya.
“Marilah kita bersama-sama mendukung setiap usaha bagi memastikan rakyat pulih daripada kesukaran ekonomi yang dihadapi…
“Kerajaan negeri Sabah sentiasa berusaha memastikan pelan pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” kata beliau pata Majlis Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri hari ini.
“Pesta Kaamatan bukan sahaja perayaan yang mengerat semangat kekitaan tetapi ia juga mengajar tentang pentingnya perpaduan sebagai teras dalam meningkatkan keamanan di negeri Sabah…
“Kita bersyukur walau pun negeri kita masih dilanda dengan penularan virus COVID-19, kita dapat bersama-sama dalam suasana sederhana tetapi meriah.
“Saya gembira melihat penglibatan dan sokongan pelbagai pihak dan lapisan rakyat yang terus menjadikan Pesta Kaamatan sebagai teras keharmonian dan platform penyatu rakyat di negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, Hajiji mengingiatkan para penyambut perayaan itu untuk terus berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya dapat melawan pandemik COVID-19.
Pesta Kaamatan adalah perayaan yang diraikan setiap tahun dengan masyarakat Kadazan, Dusun Murut dan Rungus (KDMR) dan komuniti etnik lain sebagai tanda kesyukuran dengan hasil tuaian yang melimpah.
Tetapi apa yang lebih penting, ulas beliau, adalah perayaan selama sebulan ini mampu menyatukan kita semua tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan budaya, untuk semua berkat yang kita terima.
“Perayaan ini adalah sebagai acara kebudayaan dan kesenianan yang sekian lama menjadi tembok kita dalam memelihara hubungan silaturahim yang telah lama kita terapkan…
“Sudah menjadi asas kita bahawa kepelbagaian itu bukanlah sesuatu yang dijadikan pengukur untuk melihat perbezaan diantara kita sebagai rakyat di negeri Sabah ini.”
“Sebenarnya, perpaduan dalam kepelbagaian menjadikan kita lebih kuat, menghargai kepelbagaian dalam setiap etnik,” katanya.