BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel dilaporkan cuba untuk menyekat media sosial ekoran tunjuk perasaan yang diadakan penduduk Israel berketurunan Palestin kerana membantah serangan rejim itu di Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza yang dikepung, menurut Agensi Anadolu.
Akhbar Israel melaporkan pada Ahad, Benjamin Netanyahu berusaha untuk menyekat media sosial semasa serangan di Gaza pada 10-21 Mei.
Menurut pegawai, Netanyahu mencadangkan sebanyak dua kali supaya media sosial disekat, tetapi syornya ditolak Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit dan pihak pegawai keselamatan.
Netanyahu mengemukakan cadangan itu dengan alasan untuk menghalang kemungkinan berlakunya rusuhan, kerana mendakwa penduduk Israel berketurunan Palestin mahu menganjurkan tunjuk perasaan melalui TikTok.
Sementara itu, Walla News berkata bukan Netanyahu yang mengesyorkan untuk menyekat media sosial, sebaliknya beliau cenderung menyokong rancangan dicadangkan pihak pegawai keselamatan.