Guna Air Kencing Rawat Rabun dan Sakit Mata

Guna Air Kencing Rawat Rabun dan Sakit Mata

0
SHARE
Gambar Hiasan

MADRID: Seorang wanita Sepanyol mencetuskan kontroversi selepas mendakwa titisan air kencing di mata boleh membantu menyembuhkan rabun dan penyakit astigmatisme (penglihatan yang kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh).

Terapi air kencing atau urin pernah menjadi salah satu rawatan alterantif yang dipopularkan oleh ahli naturopati Britain, John W.Armstrong pada awal abad ke-20. 

Memetik Tribuntravel.com, penyokong bentuk terapi yang tidak biasa ini mempromosikan penggunaan urin manusia untuk tujuan pemulihan atau kosmetik termasuk mengurut kulit, atau gusi dengan kencing dan bahkan meminumnya.

Bagaimanapun, pengguna TikTok yang juga penolong kaunselor metafizik, Suama Fraile mendakwa urin juga baik untuk merawat masalah mata berbanding ubat yang mengandungi bahan kimia yang diberikan doktor.

Wanita tersebut mengaku sudah mencuba formula tersebut dengan menitiskan air kencing ke matanya setiap hari sehingga masalah rabunnya sembuh. 

Menerusi video TikTok yang tular itu, Suama menjelaskan bahawa titisan air kencing berfungsi jauh lebih baik berbanding ubat konvensional, memandangkan bahan kimia yang terdapat dalam ubat hanya mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

Bagi membuktikan keberkesanan air kencing sebagai ubat untuk penglihatan yang lemah, wanita tersebut memperincikan pengalamannya dengan menitiskan urin itu pada setiap pagi dan malam.

“Ini rawatan semula jadi. Lupakan ubat, ia adalah bahan kimia dan itu akan menjejaskan kasihatan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada bukti saintifik untuk menyokong kesan terapi air kencing terhadap kesihatan.