Sekumpulan Penyelidik Dedahkan Mutasi Sperma Lelaki Berusia Boleh Menyebabkan Masalah Kesihatan

Sekumpulan Penyelidik Dedahkan Mutasi Sperma Lelaki Berusia Boleh Menyebabkan Masalah Kesihatan

0
SHARE

CALIFORNIA – Sekumpulan penyelidik dari Institut Perubatan Genomik Kanak-Kanak Rady dan Fakulti Perubatan Universiti California mendedahkan hasil kajian mereka berkenaan mutasi dalam sperma lelaki yang lebih berusia boleh berpindah kepada anak.

Memetik sumber portal berita MailOnline baru-baru ini, lebih mengejutkan lagi adalah perkara itu (mutasi perpindahan sperma lelaki berusia kepada anak) boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung atau autisme.

“Amat mengejutkan kerana apabila perbandingan dibuat antara lelaki tua dan muda menunjukkan beberapa perbezaan dalam mutasi…

“Ini memberi petunjuk bahawa mutasi-mutasi ini berkemungkinan  tidak dapat dikesan sehinggalah dia (lelaki berusia) memiliki anak,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Martin Breuss.

Sementara itu, kajian sama turut mendapati bahawa  setiap ejakulasi daripada seorang lelaki menunjukkan terdapat purata 30 mutasi.

“Kami berpendapat mutasi-mutasi ini menyumbang kepada sebahagian besar masalah kesihatan yang berpotensi menyebabkan 15 peratus sindrom autisme, penyakit jantung kongenital dan penyakit pediatrik yang kronik…

“Bagaimanapun, kami berharap dengan mengenal pasti lelaki-lelaki yang berisiko, kes-kes berpotensi seperti ini dapat dielakkan,” kata penulis bersama kajian tersebut, Dr. Joseph Gleeson.