Ternyata semangat perpaduan ‘Keluarga Malaysia’ masih kuat di kalangan para rakyat walaupun negara kini telah memasuki era globalisasi.
Menerusi video experiment (eksperimen sosial) yang dikongsikan oleh pemilik akaun @akku_pasommpa TikTok jelas menunjukkan nilai baik dan sikap prihatin rakyat Malaysia.
Terdapat tiga buah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun tersebut dimana ianya memaparkan seorang kanak-kanak sedang menunggu seorang diri di sebuah bas perhentian.
Beberapa orang awam berlainan bangsa kemudian menegur kanak-kanak tersebut. Mereka bertanyakan kenapa beliau bersendirian.
“Saya cari kakak saya. Mak saya sakit kat rumah,” kata kanak-kanak tersebut…
Atas keprihatinan beberapa orang awam itu, mereka kemudian memberi tawaran untuk menolong kanak-kanak itu.
Video-video tersebut juga mendapat pelbagai reaksi positif para netizen.
“Orang baik akan dibantu dgn org yg baik jgk… aminn,” kata seorang pengguna bernama @my likoooon.
“Terbukti rakyat Malaysia adalah baik tak kira apa bangsa dan agama,” kata netizen @fairuz Hashim.
“Masyaallah hebatnye bangsa malaysia… semoga yang baik2 selalu baik sentiasa xkire bangsa dan agama,” kata@ WNZ maju.





