SM Stella Maris KK Seru Bekas Pelajar Tuntut Telefon Sejak 2006

SM Stella Maris KK Seru Bekas Pelajar Tuntut Telefon Sejak 2006

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) Stella Maris Kota Kinabalu pada Selasa mengeluarkan notis awam menggesa bekas pelajar menuntut semula telefon bimbit yang masih disimpan di sekolah sejak 2006.

Dalam hantaran Facebook, pihak sekolah memaklumkan beberapa peranti yang dirampas atau ditinggalkan ketika zaman persekolahan masih berada dalam stor dan belum diambil oleh pemiliknya.

Bekas pelajar atau waris diberi tempoh 90 hari dari tarikh notis untuk membuat tuntutan di pejabat sekolah pada waktu bekerja. Peranti yang tidak dituntut dalam tempoh tersebut akan dilupuskan mengikut prosedur tanpa notis lanjut.

Pengumuman itu mencuri perhatian di media sosial apabila netizen menyambutnya dengan nostalgia dan humor, dengan ada yang berseloroh telefon lama itu mungkin “mendedahkan sejarah terpendam” atau sesuai dijadikan koleksi teknologi lama sekolah.