APM Bantu Hantar Wanita Lumpuh Terjejas Banjir Ke Hospital Beaufort, Perlu Dialisis...

APM Bantu Hantar Wanita Lumpuh Terjejas Banjir Ke Hospital Beaufort, Perlu Dialisis Buah Pinggang

0
SHARE

MEMBAKUT: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Membakut telah membantu menghantar seorang mangsa terjejas banjir di Kampung Ulu Mawao ke Hospital Beaufort untuk dialisis buah pinggang.

Mangsa, Maria Alex berusia 48 tahun dilaporkan turut mengalami lumpuh separuh badan.

Maria telah diangkat oleh pasukan APM menggunakan stretcher dalam operasi membantu pada jam 11.09 pagi tadi.

“Anggota APM berjaya menyelamatkan seorang mangsa yang lumpuh separuh badan untuk dihantar ke Hospital Beaufort bagi mendapatkan rawatan dialisis.

“Dalam operasi sama seramai empat anggota APM telah terlibat bersama sebuah Ambulans digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Beaufort,” jelas kenyataan APM Membakut di sini, hari ini.