Seminar Kenegaraan Tawau Perkukuh Patriotisme dan Integriti Komuniti

Seminar Kenegaraan Tawau Perkukuh Patriotisme dan Integriti Komuniti

0
SHARE

TAWAU: Seminar Kenegaraan dan Integriti peringkat Komuniti Daerah Tawau anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri Sabah berjaya menghimpunkan pemimpin masyarakat dan wakil komuniti bagi memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan serta integriti di peringkat akar umbi.

Program itu dihadiri Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang; Pengarah AKM, Datin Shonitah Terang; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Nordin Lossin; Ketua Cawangan SPRM Tawau, Penolong Pesuruhjaya Richard Hii Ding Yin serta pemimpin komuniti dan peserta dari seluruh daerah.

Dalam ucapan penangguhan, Awang Kadin berkata seminar tersebut mendapat sambutan menggalakkan dan berjaya meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan patriotisme, perpaduan serta amalan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab komuniti.

Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan jelas mengenai kepentingan tadbir urus baik, kepimpinan beretika serta peranan pemimpin akar umbi dalam menyampaikan dasar dan aspirasi kerajaan,” katanya.

Beliau yakin ilmu, pengalaman dan jaringan kerjasama yang terjalin mampu melahirkan pemimpin komuniti lebih berwibawa, berintegriti dan berdaya saing, selain berharap pengetahuan diperoleh diterjemahkan melalui perkhidmatan lebih cemerlang.

Seminar itu dilihat sebagai platform penting memperkukuh kefahaman konsep Malaysia Madani serta memperkasa peranan pemimpin komuniti dalam menyokong agenda pembangunan negeri dan negara berteraskan integriti, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.