Sambutan Tahun Baharu Cina Diharap Dapat Diraikan Lebih Meriah Tahun Hadapan

Sambutan Tahun Baharu Cina Diharap Dapat Diraikan Lebih Meriah Tahun Hadapan

0
SHARE
Jafery bersama tetamu jemputan pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dikediamannya, Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Meskipun perayaan Tahun Baharu Cina disambut meriah baru-baru ini namun masyarakat Tionghua berharap ia dapat diraikan seperti sedia kala termasuk dapat mengadakan rumah terbuka tanpa kekangan operasi standard (SOP) pada tahun hadapan.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kapayan Jafery Jomion berkata, pihaknya terpaksa mengehadkan kehadiran tetamu selain tidak dapat menjemput ke rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Saya minta maaf kepada semua masyarakat setempat  kerana tidak dapat mengadakan rumah terbuka pada tahun ini disebabkan SOP serta kes Covid-19 yang semakin yang meningkat ketika ini.

“Diharap Covid-19 ini akan hilang dan mudah-mudahan pada tahun hadapan kita boleh mengadakan rumah terbuka dengan acara atau program yang lebih menarik…

Beliau berkata demikian selepas mengadakan majlis sambutan Tahun Baharu Cina dikediamannya di sini, baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, sejak STAR bertapak di Kapayan sembilan tahun lalu ini adalah kali pertama pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian yang diketuainya menganjurkan perayaan Tahun Baharu Cina bersama ahli dan beberapa jemputan khas.

Perayaan ini disempurnakan oleh Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Senator John Ambrose; Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Penampang, Datuk Fredy Sua; Penyelaras Parlimen Penampang, Kenny Chua; Timbalan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Lo Yau Foh @ Roman Lo; dan beberapa peminpin dari MIC dan MCA.