Rakyat Sabah Syukur Kalau PM Dari Sabah Tapi Bukan Shafie Orangnya

Rakyat Sabah Syukur Kalau PM Dari Sabah Tapi Bukan Shafie Orangnya

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Bukan tidak bersyukur jika betul Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9 berasal dari Sabah, tetapi kalau Shafie orangnya baik tidak payah.

Urus tadbir Sabah pun tunggang langgang ada hati mahu jadi Perdana Menteri jaga satu Malaysia…

Cukuplah kesengsaraan yang kami terpaksa tanggung sepanjang PKP, biarlah rakyat Sabah sahaja yang menanggung kesengsaraan akibat kegagalan Shafie berfungsi menjadi Ketua Menteri yang baik, jangan pula kelak satu negara akan menerima nasib yang sama seperti kami (rakyat Sabah).”

“Nasib baik negara ini di pimpin oleh Perdana Menteri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, setidaknya kami dapat bantuan RM1,600 untuk perbelanjaan harian malahan pinjaman kenderaan kami dengan Bank juga ditangguhkan sehingga enam (6) bulan, sebaliknya bantuan RM300 yang dijanjikan oleh Shafie langsung tidak ada,” demikian merupakan sebahagian luahan hati rakyat Sabah yang mengulas mengenai wujud cadangan Shafie akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9 jika Pakatan Harapan (PH) Plus dapat menawan Putrajaya.

Selepas Shafie diumumkan bakal menjadi Perdana Menteri plihan Tun Mahathir, beberapa laman media sosial Facebook yang berpangkalan di Sabah juga membuat undian rawak membandingkan sokongan Shafie dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi keputusan setakat ini jelas memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Foto dipetik daripada laman media sosial Suara Masyarakat Sabah…
Dipetik daripada komen netizen pada laman media sosial Facebook…

Dipetik daripada komen netizen pada laman media sosial Facebook…

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing turut mengulas isu ini dengan berkata, beliau berharap Mahathir bergurau? “Saya harap dia (Dr Mahathir) terjaga ketika dia mengeluarkan kenyataan itu, jika tidak, cadangan itu adalah jenaka terhebat di abad ini.”

Tan Sri James Masing…

James juga percaya bahawa sokongan untuk Shafie sengaja diatur oleh Dr Mahathir untuk menolak presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri sekiranya PH berkuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atau berlakunya Pilihan Raya secara mengejut.

Berhubung perkara ini, ramai warganet meluahkan pendapat masing-masing melalui laman media sosial Facebook mereka, antaranya;