
SANDAKAN, SABAH – Mayat seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui setelah orang awam mengadu terhidu bau busuk dari parit berhampiran SK Mawar, Batu 5, sini pada Sabtu.
Pihak polis memanggil bantuan pasukan Bomba Sandakan bagi mengangkat mayat terbabit dalam kejadian 6.30 petang itu.
Seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bertindak ke lokasi.
“Tindakan pasukan bomba mengangkat mayat tersebut menggunakan tali dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 7.12 malam,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.





