Liza Hanim Kembali Tampil Dengan Single Baru ‘Takdir Itu Milik Aku’

Liza Hanim Kembali Tampil Dengan Single Baru ‘Takdir Itu Milik Aku’

0
SHARE
Liza
Poster single 'Takdir Itu Milik Aku' ( Sumber Foto: Ihsam Sony Music Entertainment Malaysia )

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Liza Hanim kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan menghasilkan single terbarunya yang berjudul ‘Takdir Itu Milik Aku’.

Lagu terbabit merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama yang dinantikan iaitu “Takdir Itu Milik Aku” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Lagu telah dikeluarkan di bawah laungan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia.

Menurut Liza itu, lagu itu adalah cerminan tentang perjuangan dan pengorbanan seseorang yang pada akhirnya harus akur menerima takdir yang telah ditetapkan.

“Sebagai manusia biasa, kita diuji dengan pelbagai dugaan dan segala penderitaan dan pengorbanan adalah sebagian dari takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Akhirnya, kita harus menerima dan berserah kepada-Nya,” katanya.

Keputusan untuk menyanyikan lagu ini tidak memerlukan masa lama bagi Liza Hanim, kerana melodi dan liriknya sangat memikat hatinya sejak awal lagi.

“Saya memutuskan untuk merakam lagu ini kerana melodi dan liriknya sangat unik dan enak didengar. Bahagian korus yang mudah membuatkan saya mudah mengingati.

“Sekaligus, membuat lagu ini semakin istimewa buat saya. Meskipun ada berbagai cabaran dalam proses menghasilkan lagu ini, namun ia adalah hasil kerja yang sangat berbaloi,” katanya.