Lebih 10,000 Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Negeri

Lebih 10,000 Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Negeri yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tun Musa dan Hajiji, diiringi Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Jafry Arifin, memimpin upacara memukul gendang sebagai simbolik perasmian rumah terbuka berkenaan.

Kedua-dua pemimpin turut menyertai acara tradisi mengaul Yee Sang bersama tetamu kenamaan sebagai tanda kemakmuran dan perpaduan.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada artis tempatan dan kumpulan tarian, sekali gus menambah kemeriahan sambutan perayaan tersebut.