Mohamaddin Sertai PBM, Dua Lagi Ahli Parlimen Sabah Bakal Menyusul

Mohamaddin Sertai PBM, Dua Lagi Ahli Parlimen Sabah Bakal Menyusul

0
SHARE
Mohamaddin (duduk kiri) dan Larry (kiri) pada sidang media...

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan penyertaan beliau dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.

Langkah tersebut susulan beliau keluar dari Warisan pada Oktober tahun lalu sebelum menyertai Bersatu selama enam bulan dan sekali lagi keluar untuk menjadi calon bebas.

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama menerima jawatan Ketua Perhubungan PBM Sabah.

Menurutnya, parti berasal dari Sarawak itu akan meluaskan kuasa di Sabah untuk memperjuangkan hak MA63 yang telah lama dituntut…

“Ini era baru politik bagi Sabah. Seramai 10,000 ahli dari Lahad Datu dan Semporna dijangka akan megikut serta,” katanya mengulas parti yang mesra Barisan Nasional itu.

Sementara itu, Presiden PBM,Datuk Larry Sng berkata dua lagi Ahli Parlimen Sabah akan masuk.

“Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada bulan Oktober bagi tujuan penyelarasan dan untuk mencari formula terbaik.

“PBM akan meletakkan calon pada kerusi penyandanh,” katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

Walaubagaimanapun, wujud dilema jika PBM terpaksa menghadapi Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Larry berkata perkara itu akan dibincangkan dengan BN oleh kerana memang hasrat parti sebelum ini adalah untuk menjadi sebuah komponen.