SABAH MENGALU-ALUKAN HUBUNGAN PERDAGANGAN LANGSUNG DENGAN TURKI

SABAH MENGALU-ALUKAN HUBUNGAN PERDAGANGAN LANGSUNG DENGAN TURKI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Kerajaan Turki untuk menjalin hubungan perdagangan langsung dengan Sabah.

“Kami mengalu-alukan idea itu dan Kerajaan Sabah akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan pelaburan dari Turki,” katanya ketika bertemu Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Kavakci sebelum ini memberitahu Hajiji bahawa mereka melihat Sabah bukan sahaja sebagai salah satu negeri di Malaysia tetapi sebagai pintu masuk ke rantau Asean.

Menurutnya, sekumpulan ahli perniagaan dari Turki akan tiba di Kuala Lumpur pada Mac, yang mana ada yang akan ke Sabah untuk mencari usaha pelaburan…

Kavakci berkata sebagai tambahan kepada inisiatif perdagangan dan pendidikan, beliau berhasrat untuk mempromosikan tarikan pelancongan Sabah bukan sahaja di Turki tetapi juga negara jiran yang mempunyai hubungan dengan Turki.

Rombongan Duta Besar termasuk Kaunselor Perdagangannya, Elif Haliloglu Gungunes, Kaunselor Hal Ehwal Pelancongan dan Maklumat, Begum Sahin, Kaunselor Akhbar, Zeynep Havva Rafique dan Pengarah Institut Kebudayaan Turki Yunus Emre, Dr. Omer Altun.

Turut hadir mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untung, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layapan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jamine Teo.