KOTA KINABALU, SABAH – Dua lelaki maut tersepit dalam dua kemalangan berasingan yang melibatkan kenderaan lori hari ini.
Kes pertama berlaku kepada seorang pemandu lori yang sedang memperbaiki enjin kenderaan hidraulik 10 tan itu di tepi Jalan Bundusan, Penampang.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada 10.20 pagi.

“Mangsa Suhulin Amat, 58, ditemui maut tersepit pada bahagian belakang lori selepas dikeluarkan anggota pasukan…
“Beliau disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Manakala pada masa yang sama di Tuaran, seorang warga emas menemui ajal di Jalan Kampung Serusup selepas bertembung dengan sebuah lori treler.
Mangsa Low Lian Hwa, 63, sedang memandu kenderaan jenis Proton Saga yang terbabas di kawasan semak tepi jalan ekoran kejadian.
“Mangsa terseput berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.





