COX’S BAZAR, BANGLADESH – Periuk api yang disyaki ditanam yang meletup menyebabkan tiga penduduk kampung Rohingnya maut semasa merentasi sempadan dari negeri Rakhine di Myanmar, menurut seorang pegawai sempadan Bangladesh yang memetik pengakuan seorang mangsa selamat.
Menurut laporan AFP, Leftenan Kolonel Manzurul Hasan Khan memberitahu pengawal sempadan terdengar letupan pada malam Sabtu kira-kira 100 meter dari sempadan.
“Kami diberitahu oleh mangsa yang cedera yang dia bersama tiga orang. Si cedera menyebut tiga yang lain maut ditempat kejadian akibat letupan,” katanya.
Beliau berkata pengawal sempadan melihat mangsa yang selamat datang ke garis penandaan dengan kecederaan pada badan dan muka.
Seorang Rohingnya lain yang cedera yang disyaki akibat periuk api di tempat yang sama selepas dia kembali ke kampungnya untuk mengambil lembu-lembu untuk dibawa ke Bangladesh.
Minggu lepas, dua Rohingnya termasuk seorang kanak-kanak hancur kaki mereka dan seorang lagi cedera selepas mereka terpijak periuk api yang disyaki berhampiran sempadan.