IS Miliki 11,100 Pasport Kosong Syria – Pihak Berkuasa Jerman

IS Miliki 11,100 Pasport Kosong Syria – Pihak Berkuasa Jerman

0
SHARE

FRANKFURT AM MAIN – Pihak berkuasa Jerman percaya kumpulan pelampau IS memiliki kira-kira 11,100 pasport kosong Syria yang boleh diisi dengan apa sahaja butiran dikehendaki, menurut laporan akhbar Bild am Sonntag, kelmarin.

Memetik laporan AFP, Penyiasat telah menghimpun senarai nombor siri pasport kosong ini dan pihak berkuasa menerbitkannya, lapor akhbar itu yang memetik dokumen sulit dari polis persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri.

Pasport curi dari dokumen identiti asli yang belum diisi dengan butiran individu tertentu, menjadikan ia alat berguna bagi anggota kumpulan Negara Islam (IS).

Secara keseluruhan, khidmat keselamatan Jerman sedar kira-kira 18,002 pasport curi Syria dicuri dari laman sesawang kerajaan Syria termasuk ribuan yang ditahan kumpulan lain selain IS.

“Perkembangan dalam kaitan dengan situasi pelarian ini menunjukkan pertubuhan pengganas menggunakan peluang ini untuk menyusup ke penyerang atau penyokong berpotensi ke Eropah dan Jerman tanpa kesan,” kata seorang jurucakap polis persekutuan BKA memberitahu Bild am Sonntag.

Kira-kira 8,625 pasport telah diperiksa badan imigresen Jerman pada 2016 didapati palsu, menurut dokumen yang disaksikanĀ Bild am Sonntag.

Bagaimanapun fail berkenaan tidak menyebut maklumat mengenai bilangan pasport tersebut yang telah jatuh ke tangan IS.