Sukan Tarik Tali; PENTOWA Hampir Kejutkan KOMTOWA

Sukan Tarik Tali; PENTOWA Hampir Kejutkan KOMTOWA

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Pasukan PENTOWA (Persatuan Tarik Tali Daerah Penampang) hampir mengejutkan pasukan pilihan utama KOMTOWA (Persatuan Tarik Tali Kota Marudu) dengan keputusan tarikan ‘rubber set’ 1-2 pada Pertandingan Tarik Tali Terbuka, Festival Sandakan yang berakhir kelmarin, Ahad.

Kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan yang sangat cemerlang dengan menunjukkan tarikan yang padu, teknik dan kecergasan yang mengatasi para pencabar mereka.

Sebelum bertemu diperingkat akhir, kedua-dua pasukan masing-masing telah mengalahkan pencabar mereka iaitu Pasukan KOMTOWA mengalahkan Papar Cilipadi dan Pasukan PENTOWA menumbangkan satu lagi pasukan pilihan Surun Sinurambi, Tambunan dengan keseluruhannya mendapat keputusan 2-0 pada peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan juga dilihat menurunkan penarik-penarik ternama dan pernah mewakili pasukan negara dan negeri bagi merebut kejuaraan pada festival kali ini. Namun, keputusan seri selepas dua tarikan dan penentuan tarikan telah dilakukan di mana Pasukan KOMTOWA berkelebihan dengan mendapat undian di kawasan yang memberi ‘advantage’ dan seterusnya beroleh kemenangan dalam set ketiga.

Pertandingan yang julung kali di adakan padang Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menarik ramai peminat dan memberi peluang kepada penduduk dan peminat tarik tali di sekitar Sandakan untuk menyaksikan pertandingan tarik tali berprestasi tinggi yang sebenar.

Hadiah pertandingan di sampaikan oleh Presiden Persatuan Tarik Tali Sabah, Encik Androd Sadian dan Pengerusi Penganjur, Tuan Kassim Selamat.

Juara; Pasukan KOMTOWA

Naib Juara; Pasukan PENTOWA

Tempat Ketiga; Pasukan Papar Cilipadi

Dipilih Sebagai Pasukan Berpotensi Kejohanan; Pasukan Surun Tambunan

Pasukan Terbaik (Mematuhi Peraturan TWIF- MTWA sepanjang kejohanan); Pasukan PENTOWA