Jumlah Kes Jangkitan COVID-19 Dunia Cecah 500 Juta Kes

Jumlah Kes Jangkitan COVID-19 Dunia Cecah 500 Juta Kes

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dilaporkan telah mencecah lebih 500 juta setakat 13 April (Rabu).

Jumlah kematian disebabkan pandemik berkenaan pula adalah sebanyak 6.2 juta sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019 yang lalu.

Menurut Worldometer, jumlah yang sembuh lebih daripada 450 juta orang.

Statistik itu turut mendedahkan bahawa Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dengan lebih 82 juta kes jangkitan dan lebih sejuta kematian.

Ini disusuli India dengan lebih 43 juta kes jangkitan dan 521,746 kematian.

Di tangga ketiga ialah Brazil dengan lebih 30 juta kes jangkitan dan 661,552 kematian negara itu kedua paling teruk dari segi jumlah kematian.

Indonesia negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 di zon Asean di mana berada di tangga ke-18 dunia.

Dilaporkan juga jumlah jangkitan lebih daripada enam juta dan 155,696 kematian.

Menurut laporan Worldometer itu, Malaysia berada di tangga ke-23 dunia dengan lebih empat juta kes dan 35,341 kematian.