Sabah Jadi Tuan Rumah Kongres Taman-Taman Asia Kedua Bulan Mei Ini

Sabah Jadi Tuan Rumah Kongres Taman-Taman Asia Kedua Bulan Mei Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah serta agensinya Taman-Taman Sabah akan menjadi tuan rumah kepada Kongres Taman-Taman Asia Kedua yang akan berlangsung dalam format hibrid di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini dari 24 hingga
29 Mei ini.

Taman-Taman Sabah dalam satu kenyataan kelmarin (13 April) yang dipetik Bernama berkata, kongres itu akan dianjurkan dengan kerjasama Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) dan Suruhanjaya Dunia mengenai Kawasan Dilindungi (WCPA) IUCN.

“Kongres ini akan menjadi acara bersejarah yang dijangka menarik pakar pemuliharaan bukan sahaja dari seluruh Asia dan akan menetapkan agenda bagi kawasan yang dilindungi dan dipulihara dalam rantau ini untuk 10 tahun akan datang,” katanya kenyataan tersebut.

Kongres ini mengetengahkan enam kumpulan bertema iaitu penyelesaian berasaskan alam semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan, tadbir urus kawasan dilindungi dan dipulihara, kesalinghubungan dan pemuliharaan rentas sempadan, kawasan dilindungi dan dipulihara secara berkesan, kelestarian kewangan dan ekonomi kawasan dilindungi serta dipulihara dan pemuliharaan bandar serta sebuah generasi baharu.

Wakil-wakil dari pihak berkuasa kawasan dilindungi, lain-lain agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, belia, sektor swasta, penduduk asli dan masyarakat tempatan dijemput untuk menyertai kongres ini.

Untuk pendaftaran sila layari https://2nd-asia-parks congress.sabahparks.org.my/ dan prosedur operasi standard dan keperluan pendaftaran boleh dirujuk di https://www.sabahtourism.com/alert/.