Yakin Dengan Kemampuan Polis Menjaga Keselamatan Bandaraya Kota Kinabalu – Chan

Yakin Dengan Kemampuan Polis Menjaga Keselamatan Bandaraya Kota Kinabalu – Chan

0
SHARE
Chan
Chan (tengah) ditemui selepas merasmikan Ekspo Mega Home di SICC pada Sabtu

KOTA KINABALU, SABAH – Percayalah kepada polis dalam soal keselamatan Kota Kinabalu kata Ahli Parlimennya Datuk Chan Foong Hin.

Mengenai kes-kes rompakan di bandaraya yang tular di baru-baru ini beliau difahamkan ia adalah perbuatan jenayah ‘solo’.

Ini termasuk kes ganas membabitkan seorang wanita yang dihayun dengan kayu di Jalan Gaya.

“Tangkapan telah dibuat dengan cepat dan dalam kes wanita tersebut, ia mengambil masa kurang dari sehari.

“Seperti juga kes melibatkan seorang lelaki kurang siumn yang memecahkan tingkap sebuah bank di Kampung Air.

“Bagaimanapun, garis masa kes telah membangkitkan emosi seolah-olah bandaraya ini bukan lagi kawasan yang selamat,” katanya kepada pemberita pada hari Sabtu.

Beliau berkata pihak polis akan mempergiatkan rondaan di Kota Kinabalu antara strategi lain membanteras jenayah.

“Polis Kota Kinabalu pantas mengambil tindakan, mereka melakukan yang terbaik, tetapi akan sentiasa ada kekangan dalam tenaga kerja dan peralatan.

“Jika semua fokus kepada bandar, kediaman juga boleh menjadi sasaran,” katanya merujuk kepada kejadian pecah rumah di Taman Greenview baru-baru ini.

Beliau berkata juga terdapat cadangan untuk menubuhkan pondok polis di Jalan Gaya tetapi memerlukan input polis.

“Sudah tentu, jika perlu, peruntukan perlu dicari,” katanya.

Beliau berkata ia sama dengan idea untuk memasang lebih banyak kamera litar tertutup CCTV milik Dewan Bandaraya. Buat masa ini, Kota Kinabalu mempunyai 106 kamera.

“Kita perlu membincangkannya dengan lebih lanjut dengan Datuk Bandar dan kementerian atau agensi berkaitan,” katanya.