Masyarakat Luar Bandar Perlu Lengkapkan Diri Dalam Pengetahuan ICT

Masyarakat Luar Bandar Perlu Lengkapkan Diri Dalam Pengetahuan ICT

0
SHARE
Para peserta kursus ICT merakam gambar kenangan bersama Zita (duduk, empat kiri) dan Jusnah (duduk, lima kiri)...

RANAU, SABAH – Seiring dengan arus pemodenan, masyarakat luar bandar harus menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zeta Fedilis berkata, masyarakat luar bandar perlu mempelajari serta menggunakan peralatan teknologi maklumat sekaligus memudahkan untuk mendapat sesuatu informasi terkini dengan lebih tepat dan sahih.

Zeta berkata demikian  ketika berucap  mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin seterusnya merasmikan majlis Penutupan Program Kursus ICT anjuran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kg. Bitoon di SK.Tompios,  45 Kilometer dari Pekan Ranau.

Seramai 20 orang peserta terlibat dalam menjayakan program tersebut…

Zeta turut memuji inisiatif KRT Kg Bitoon di bawah pentadbiran Pengerusinya, Jusnah Jinus kerana menganjurkan kursus tersebut untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan penguasaan penggunaan ICT yang amat penting dalam kehidupan masa kini bukan sahaja masyarakat di bandar tetapi juga masyarakat luar bandar.

“Saya mengharapkan kepada peserta kursus ini supaya mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi untuk kebaikan sendiri dan berkongsi ilmu ICT yang dipelajari hari ini kepada  rakan-rakan yang tidak sempat untuk menghadirinya,” katanya.