LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Labuan telah melaksanakan satu bantuan pemindahan kecemasan (MEDEVAC) di perairan Labuan, awal pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata pada jam lebih kurang 12.50 tengah malam tadi, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima panggilan daripada ejen kapal tanker ARISTOKLIS memaklumkan bahawa kapten kapal tersebut memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat untuk menerima rawatan akibat mengalami tekanan darah rendah dan muntah-muntah.