Ular Ditemui Di Bawah Enjin Kereta Avanza

Ular Ditemui Di Bawah Enjin Kereta Avanza

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba memasukkan ular ke dalam guni ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Bomba menjerut seekor ular sawa sepanjang dua meter yang ditemui di bawah enjin sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Sekumpulan enam bergegas ke lokasi di kawasan kenderaan berparkir berhampiran Hotel Amazon Bandar Kim Fung Batu 4 Sandakan semalam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan diterima pada pukul 12.52 pagi.

“Pasukan bomba bertindak menangkap ular dengan menggunakan penjerut.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 1.09 pagi,” kata seorang jurucakap.