BEUAFORT: Seorang wanita maut akiabt tersepit dalam kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lumat Beaufort petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, kemalangan itu melibatkan pertembungan dua buah kenderaan, iaitu Toyota Vigo dan Perodua Kembara.
“Terdapat seorang mangsa tersepit di kenderaan Perodua Kembara berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
“Mangsa, 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Manakala, empat lagi mangsa berada di kenderaan Toyota Vigo mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menaiki kenderaan orang awam.
Empat mangsa lain itu merupakan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak perempuan.
“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.38 petang,” katanya.