KOTA KINABALU, SABAH – Hanya selepas sehari Datuk Seri Shafie Apdal mengkritik kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membangunkan negara, hari ini ADUN Parti Warisan DUN Sebatik YB Hassan A Gani PG Amir pula mengambil keputusan untuk keluar parti kerana telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurut sumber, lebih ramai ADUN Parti Warisan dijangka akan keluar parti dalam beberapa waktu ini bagi menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia.
YB Hassan dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata, keputusan untuk keluar parti dibuat kerana kecewa selepas Shafie Apdal berterusan ‘bermain politik’ walaupun rakyat ketika ini sedang bergelut dengan virus COVID-19.
Tindakan Shafie yang berterusan ‘bermain politik’ dengan membelakangkan kepentingan rakyat serta masih lagi mengikuti rentak politik Pakatan Harapan (PH) yang juga amat mengecewakan.
Hassan berkata lagi; “Tindakan Shafie dan MP Warisan menolak Belanjawan Persekutuan 2021 di Parlimen juga secara jelas membelakangkan kepentingan rakyat khususnya bagi menangani COVID-19 yang memerlukan peruntukkan melalui bajet tersebut.”

“Tindakan kepimpinan parti Warisan yang jelas membelakangkan pemimpin termasuk adun dan ahli akar umbi di dalam menentukan hala tuju parti dan yang paling ketara adalah kegagalan membantu rakyat berhadapan dengan Pandemik Covid-19 juga amat mengecewakan.”
“Atas sebab itu, pada hari ini saya mengambil keputusan untuk keluar parti secara serta merta. Saya juga mengambil mengambil pendirian untuk menjadi calon BEBAS dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin,” tegas Hassan.