Kes COVID-19 Naik, Ibu bapa Boleh Jadi Pembawa Virus Kepada Anak

Kes COVID-19 Naik, Ibu bapa Boleh Jadi Pembawa Virus Kepada Anak

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 melonjak tinggi hari ini dengan peningkatan 97 kes berbanding semalam menjadikan kes baharu berjumlah 258 kes.

Terdapat sepuluh (10) daerah merekodkan kes pada kadar dua angka dengan Penampang mencatatkan kes tertinggi di Negeri Sabah dengan 49 kes.

Ianya diikuti oleh Kota Kinabalu, 32 kes, Tuaran, 22 kes sementara Kota Marudu dan Kota Belud masing-masing mencatatkan 19 kes.

Daerah Penampang juga mencatatkan peningkatan kes baharu tertinggi (+30) dikalangan 27 daerah di Sabah.

Sebanyak dua-belas (12) daerah mencatatkan kes satu angka dan lima (5) daerah lagi tidak merekod sebarang kes baharu pada hari ini.

Sejumlah 252 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Tidak ada kes dalam Kategori 3, manakala tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan terdapat satu kes dalam Kategori 5.

Terdapat dua (2) kes yang masih lagi dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, adalah diperhatikan bahawa sekitar 70 peratus daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin.

“Ia memberi gambaran seolah olah ramai daripada mereka ini beranggapan mereka sudah kebal daripada jangkitan…

“Anggapan ini bukan sahaja salah tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka boleh menjangkiti pula anak-anak mereka dirumah yang belum layak divaksin,” katanya dalam rumusan harian kes.

Menurut Masidi, seramai 17 peratus (17.4%) kes hari ini adalah dikalangan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin.

“Beringatlah, ibu-bapa boleh menjadi pembawa virus dan menjangkiti anak-anak mereka di rumah yang masih kecil,” katanya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Penampang – 49 (19)
Kota Kinabalu – 32 (37)
Tuaran – 22 (19)
Kota Marudu – 19 (2)
Kota Belud – 19 (19)
Tenom – 14 (4)
Putatan – 13 (3)
Tambunan – 12 (7)
Kuala Penyu – 12 (2)
Keningau – 11 (12)
Papar – 7 (7)
Sandakan – 7 (4)
Beaufort – 7 (2)
Ranau – 6 (17)
Lahad Datu – 5 (0)
Sipitang – 5 (0)
Tawau – 5 (3)
Kudat – 4 (3)
Beluran – 3 (0)
Tongod – 3 (0)
Kinabatangan – 2 (0)
Nabawan – 1 (0)
Semporna – 0 (0)
Telupid – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Pitas – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)