Bomba Bantu Bawa Mangsa Banjir Ke Hospital Kerana Sakit Bengkak Kaki

Bomba Bantu Bawa Mangsa Banjir Ke Hospital Kerana Sakit Bengkak Kaki

0
SHARE
Mangsa banjir yang sakit bengkak kaki dihantar ke hospital berdekatan...

KOTA MARUDU, SABAH – Seorang mangsa banjir di Kampung Ongkilan yang sedang sakit bengkak kaki mendapat bantuan pasukan Bomba daerah ke Hospital.

Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata balai daerah menerima aduan mangsa, Jotan Aying, 56, berjarak kira-kira 6 km pada jam 1 tengah hari tadi.

“Dalam masa yang sama, beberapa penduduk kampung telah turut menumpang keluar atas jentera,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 1.45 petang.

Penduduk kampung menumpang jentera Bomba mereda air banjir…

Setakat jam 2 tadi, Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sabah melaporkan trend peningkatan dalam mangsa banjir di daerah tersebut.

Seramai 2,659 individu terdiri daripada 1,115 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Kota Marudu.

Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka fenomena hujan berterusan berlaku sehingga Khamis).