Pengiktirafan MA63 Dalam Perlembagaan Persekutuaan Kuatkan Status Kedudukan Sabah Dan Sarawak

Pengiktirafan MA63 Dalam Perlembagaan Persekutuaan Kuatkan Status Kedudukan Sabah Dan Sarawak

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam Perlembagaan Persekutuan lagi menguatkan status dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar membidas kenyataan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan.

Voon berkata Perjanjian Persekutuan 1948, 1957 dan MA63 tidak sah setelah negara berpisah dengan Singapura pada tahun 1965.

Beliau juga mendakwa pindaan yang dibuat itu hanya sebuah gimik semata-mata bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tanpa membawa sebarang perubahan yang drastik.

“Macamana beliau boleh berkata sedemikian? Pemulihan ini bermakna kerajaan persekutuan tidak lagi boleh mengabaikan permintaan Sabah dan Sarawak dengan alasan ianya tidak termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan…

“Pindaan ini merupakan tindakan pertama dalam membolehkan Sabah dan Sarawak berjuang bagi lebih banyak hak.

“Kita akan melihat lebih banyak pindaan namun sekarang masih terlalu awal untuk meilhat perbezaan dari segi harta dan kewangan,” kata Wan Junaidi dalam sebuah kenyataan hari ini.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar…

Katanya pindaan pada Selasa itu mengiktiraf hak istimewa Sabah dan Sarawak dan status setaraf sebagaimana dijanjikan sejak tahun 1963 lagi.

“Inilah mengapa kita ada kuasa ke atas sempadan masing-masing, sumber alam semula jadi termasuk minyak dan gas, kayu balak, dan segalanya yang ada pada tanah Sabah dan Sarawak.

“Apa yang sepatutnya dituntut sekarang ialah Pesuruhjaya Kehakiman (Judicial Commissioner) kita sendiri selain pelbagai lagi berdasarkan Laporan IGC.

“Kita masih tidak mempunyai Pesuruhjaya Kehakiman sehingga sekarang, walaupun ianya merupakan salah satu janji di bawah MA 63,” katanya lagi.

Menurut MA 63, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak melalui Yang di-Pertua Negeri, sepatutnya mempunyai kuasa untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman untuk negeri sendiri.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada ahli politik agar tidak mempermainkan isu tersebut yang agak rumit dan sukar difahami demi mencungkil kemarahan dikalangan rakyat.

Pada selasa, seramai 200 dari 222 Ahli Parlimen negara sebulat suara meluluskan pindaan tersebut.

Wan Junaidi berkata itulah satu-satunya masa apabila ahli politik tanpa mengira aliran politik mereka bersetuju bahawa ianya perkara yang betul untuk dilaksanakan.