Lari Tinggalkan 625 Liter Minyak Petrol

Lari Tinggalkan 625 Liter Minyak Petrol

0
SHARE
Bot yang penuh dengan muatan minyak petrol ditinggalkan tekong bot...

SEMPORNA, SABAH – Seorang tekong bot laju melarikan diri sambil meninggalkan minyak petrol bernilai RM12,780 yang cuba diseludup keluar di Tanjung Pantau Pantau sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata bot tanpa nombor pendaftaran berwarna biru itu dikesan pada kira-kira pukul 11.30 malam semasa melaksanakan rondaan di sekitar perairan Pulau Omadal.

“Tekong bot telah bertindak mengemudi botnya ke kawasan lebih cetek dan bertindak terjun melarikan diri ke kawasan tersebut…

“Pemeriksaan ke atas bot menemui tong-tong berisi minyak petrol dengan anggaran sebanyak 625 liter dan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.