Operasi Lot Kedai Jeti Lama Dihentikan Bagi Siasatan Punca Kebakaran

Operasi Lot Kedai Jeti Lama Dihentikan Bagi Siasatan Punca Kebakaran

0
SHARE

KOTA KINBALU, SABAH – Operasi lot-lot kedai di kawasan kebakaran di Jeti Lama, Pasar Besar sini, dihentikan sementara sehingga siasatan punca kejadian pada Isnin tersebut selesai.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata tindakan itu diambil di atas nasihat pihak Bomba.

Operasi pemadaman api dijalankan pasukan Bomba. – Gambar ihsan DBKK…

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga telah mengeluarkan Notis Penutupan Sementara kepada pekedai – pekedai berkenaan…

“Walaubagaimanapun kebenaran daripada Jabatan Bomba diperolehi khusus untuk menurun dan menaikkan penumpang bot dari Pulau Gaya dan Sepanggar,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden kira-kira jam 6 pagi itu melibatkan dua buah kapal nelayan dan satu lot kedai pemborong ‘Fishing Port Seafood Wholesale And Retail’.

Api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Bomba sekitar jam 7 pagi manakala anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membantu kawalan keselamatan di lokasi ketika kejadian berlaku.