KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah atas kes menghina mahkamah berkaitan kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Memetik laporan Daily Express, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan pada Rabu selepas mensabitkan Presiden Parti Warisan itu atas pertuduhan menghina mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa serta-merta bermula Rabu.
Bagaimanapun, permohonan Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dibenarkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan berkenaan.






