91.2 Peratus Populasi Remaja Lengkap Divaksin

91.2 Peratus Populasi Remaja Lengkap Divaksin

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Populasi remaja di Malaysia yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 adalah sebanyak 2,837,197 individu atau 91.2 peratus yang berusia 12 hingga 17, setakat Ahad.

Menurut laporan laman web CovidNow, sebanyak 2,937,206 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,167,019 individu atau 32.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,280,702 individu atau 64.9 peratus telah menerima dos penggalak COVID-19 manakala sejumlah 22,934,957 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,211,514 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 45,025 dos vaksin diberikan meliputi 23,489 dos pertama, 1,349 dos kedua dan 20,187 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,159,756.